Sekiranya anda pernah bermain permainan The Division anda semestinya sudah bersama-sama dalam ahli kumpulan yang anda sertai. Ianya penting kerana bergerak di dalam kumpulan boleh membantu/memudahkan anda untuk mencari/ farming item yang boleh dikategorikan “rare”.

Sewaktu saya bermula bermain permainan ini ilmu saya dalam permainan ini agak cetek, namun disebabkan dengan bantuan salah seorang pemain yang mesra dipanggil zul (zul86silvermania) pergerakan level saya agak pantas dan berjaya memasuki darkzone dlm hanya 2 minggu sahaja.

Manakala pemain support/tanker/medic yg mersa dipanggil daus (firdauskamarudin) dalam kumpulan ini banyak membantu saya dalam membentuk watak saya sebagai support medic dan saya sangat teruja dengan bermain menggunakan peranan ini.

dalam permainan tembak menembak tidak lengkap sekiranya tiada watak peranan sniper atau penembak tepat, peranan ini dilengkapkan oleh azlinuddin sebagai tunjang sniper kumpulan kobis bunga ini. namun bagi saya pemain yang penting adalah pemain yang berada di barisan hadapan.

Antara pemain barisan hadapan yang terbaik dalam kumpulan kobis bunga ini adalah Azlan (ryuzaki_klon), Zul (zul86silvermania), Wan (safuan86), Yus (syaigon), Daus (firdauskamaruddin) Monic (mnemonic), Fadhil (exops_raven) dan juga Bakri (Astrof)

IMG_8843

Sekiranya anda bertemu salah seorang daripada kami di dalam permainan ini, jangan lupa wave/ lambai tangan kepada kami.