Screen Shot 2015-05-27 at 9.54.52 PM

iFlix.com

Saya merupakan pelanggan perkhidmatan Spotify dengan yuran langganan RM14.90 sebulan. Adakah ianya berbaloi? Jawapannya YA, walaupun saya tidak dapat menikmati Spotify di pejabat kerana akses kepadanya disekat oleh network di tempat kerja saya.

Pada saya RM14.90 samalah seperti membayar harga untuk satu hidangan di restoran makanan segera, dan oleh kerana saya tidak gemar makan makanan segera, saya habiskan bajet tersebut dengan melanggan Spotify. Logik bukan?

Kini satu lagi perkhidmatan hiburan yang menggunakan model bisnes secara langganan iaitu iFlix diperkenalkan di Malaysia. iFlix menawarkan perkhidmatan berkonsepkan Video On Demand (VOD) diasaskan oleh gabungan 2 syarikat yang berasal dari KL iaitu Catcha Group dan Amerika Syarikat iaitu Evolution Media Capital. CEOnya pula merupakan sosok yang agak dikenali ramai iaitu bekas CEO Air Asia X, Azran Osman Rani.

Harga langganan iFlix hanyalah RM8 sebulan (jika memilih untuk melanggan selama setahun). Jika anda merasa ragu untuk mencuba, iFlix sekarang menawarkan pakej percubaan selama 15 hari.

iFlix boleh dinikmati menggunakan browser di play.iflix.com atau pengguna juga boleh memuatturun aplikasi untuk peranti Android dan iOS.

Pengalaman Saya

Semalam saya berkesempatan cuba untuk mendaftar dan seterusnya menonton video di iFlix. Pada mulanya saya cuba mendaftar menggunakan aplikasi iOS di iPhone 6 malangnya proses pendaftaran tersekat. Tidak dapat tidak saya terpaksa buka komputer dan daftar menggunakan akaun facebook. Ianya agak lancar.

Harus diingat saya menggunakan internet rumah disediakan oleh Streamyx dengan pakej 4Mbps. Untuk makluman, pakej internet ini langsung tidak dapat stream apa-apa video menggunakan aplikasi Popcorn-Time (juga digelar sebagai Netflix for pirated movies).

Saya mendapati video di iFlix dapat dimainkan dengan agak lancar tanpa tersekat-sekat. Kualiti videonya pula memuaskan. Dari segi kualiti dan kelancaran, saya cukup berpuas hati.

Namun saya tidak tahu adakah iFlix akan dapat kekalkan kualiti yang sama apabila pengguna sudah mencecah ratus ribu atau juta nanti.

Screen Shot 2015-05-27 at 10.10.32 PM

Contoh kualiti video yang dimainkan di iFlix.

Anda tidak boleh menukar resolusi video yang dimainkan. Tidak ada subtitle disediakan untuk kebanyakkan video. Hal ini saya suarakan kepada iFlix dan saya menerima maklum balas berikut.

Screen Shot 2015-05-27 at 10.15.42 PM

 

Adakah berbaloi untuk RM8 sebulan RM96 setahun untuk iFlix?

Pada saya, jika iFlix boleh sediakan subtitle untuk semua video di iFlix dan menambah kandungan dengan movie dan drama terbaru, YA, dan sangat berbaloi.

Sekiranya kandungan dan ciri-cirinya masih seperti sekarang, ia agak sukar bagi saya. Walaubagaimanapun saya akan terus mengikuti perkembangan iFlix dan menunggu apabila ia benar-benar berbaloi untuk dilanggan.

Screen Shot 2015-05-27 at 9.54.52 PM