Terdapat berjuta-juta pemain Minecraft, tetapi apabila seseorang memulakan permainan ini, semua orang akan bermain karakter yang sama. Steve, seorang lelaki berkotak berbaju biru. Tetapi, dengan update  yang akan datang, ini semua akan berubah. “Steve tidak melambangkan kepelbagaian watak para pemain kami” Owen Hill, dari Mojang menerangkan. “Oleh kerana itu, kami memberi peluang kepada semua pemain untuk bermain dengan karakter Alex juga. Alex mempunyai tangan yang kurus, dan rambut ponytail berwarna merah”. Alex boleh didapati sebgai update percuma untuk semua pemain konsol, bermula pada hari Rabu.

Walaupun ia mengambil masa yang lama, konsep jantina didalam Minecraft adalah sesuatu pemaju telah memikirkan untuk seberapa ketika. Menurut pencipta Markus Persson, yang telah meninggalkan studio Mojang selepas menjualnya kepada Microsoft, Steve pada asalnya diilhamkan sebagai watak tanpa jantina.

17248659291_4eda9f2052_h.0

Alex sebenarnya sudah berada di dalam versi permainan PC tahun lepas, tetapi skins karakter itu dipilih secara rawak, jadi anda tidak mempunyai pilihan sama ada anda bermain sebagai lelaki atau perempuan. Bagi versi konsol, pemain akan dapat memilih sama ada untuk bermain sebagai Steve atau Alex. Karakter baru akan datang dengan lapan skins yang berbeza dan tidak akan mengubah cara permainan. “Dia mempunyai tangan yang kurus sedikit daripada Steve,” kata Hill, “tetapi bergerak dengan cara yang sama seperti yang Steve lakukan.”

Sos Kepelbagaian: http://www.theverge.com/2015/4/27/8503863/minecraft-female-default-character

Alex_Pack_XBoxOne_Screenshot_06