1. Ia adalah CPU yang baharu. Zen direkabentuk dari kosong sehingga siap dan ia kelihatan 40 peratus lebih cepat daripada CPU AMD terdahulu. Ia setiap cores mempunyai simultaneous multithreading (SMT), bukan seperti cores dikongsi dengan clustered multithreading yang digunakan oleh CPU AMD hari ini.
  2. Ia merupakan cip octo-core. Cip ini, code name Summit Ridge, akan menampilkan 8 cores dengan simultaneous multithreading (sama dengan Intel Hyper-Threading), yang menjadikan ia 16 threads.
  3. Ia bukan CPU. Secara teknikalnya Summit Ridge bukan CPU, tetapi SoC, yang bermaksud ia tidak perlu chipset untuk penggunaannya. Tetapi pada Summit Ridge yang ditunjukan untuk demo ini, kelihatan satu cip yang mungkin adalah chipset yang digunakan untuk mengendalikan SATA dan SATA Express port. Tetapi ini adalah engineering boards yang digunakan untuk demo, jadi ia masih lagi dalam persoalan sehingga mobo untuk Zen keluar dipasaran.
    zenunveiled-100677529-large

    AMD berkata Summit Ridge merupakan SoC dan chipset tidak diperlukan tetapi, umm, apakah cip yang berada dibawah, disebelah SATA dan SATA Express port itu?

  4. Bersedia untuk membeli motherboard baru. Summit Ridge akan memerlukan motherboard berdasarkan AM4 yang baharu. Tetapi risau, anda juga mendapat DDR4, USB 3.1 10Gbps, SATA Express, PCIe 3.0, dan sokongan NVMe. Motherboard AM4 ini boleh berfungsi dengan dengan cip versi APU juga.
  5. Penyejuk (Cooler) lama anda masih boleh digunakan. Kelihatan seperti jika anda pengguna CPU Zen, anda dapatĀ  menggunakan penyejukan AMD anda yang sedia ada, kerana kami ternampak satu sistem Zen berjalan menggunakan penyejuk Wraith yang sedia ada pada pasaran.
    dsc09886-100677534-large

    Penyejuk Wraith AMD yang sudah berada dipasaran dan apa yang kelihatan seperti RAM DDR4 dua saluran .

  6. Ia mempunyai FinFET. Ia dibina pada proses 14nm dengan teknologi FinFET oleh GlobalFoundries. FinFET adalah sama dengan apa Intel panggil tri-gate atau transistor 3D.
  7. Ia bukan hanya kenyataan kosong dari AMD. Dalam demo kita menyaksikan, Summit Ridge didapati mampu mengatasi kepantasan walaupun tidak banyak berbanding dengan dari CPU baru Intel Broadwell-E . Jadi kepada AMD haters, jangan terus untuk mengecam Zen.
  8. Terdapat versi 32-core yang dinamakan sebagai Naples. AMD mengejutkan orang ramai dengan cip Naples 32-core yang bertujuan untuk server. Dengan SMT dalam motherboard yang mampun menyokonf 2 pemproses serentak, ini bermakna Naples boleh mempunyai 128 threads.
    naples-100677532-large

    AMD Naples SoC boleh menyokong reka bentuk 2P server menjadikan ia sehingga 128-threads of computing power.

  9. Tiada siapa yang tahu berapa harga Zen. AMD tidak mendedahkan harga atau strategi harga tetapi, dengan pengenalan Summit Ridge, ua mungkin akan memulakan perang harga dengan Intel. Jadi ya, jika anda ingin mengangkat Broadwell-E yang berharga $USD 1,723 (RM 6933.09), tunggu kerana harganya mungkin akan turun tidak lama lagi.
  10. Anda akan perlu menunggu sehingga 2017 untuk membelinya. Anda tidak akan dapat membelinya pada tahun ini. Cip ini mungkin akan berada dipasaran secara terhad pada 2016, tetapi hanya dalam PC prebuilt . AMD berkata Summit Ridge akan berada dipasaran dalam jumlah besar pada awal tahun depan. Naples dijangka tidak akan berada dipasaran sehingga suku kedua tahun depan.

SUMBER

dsc09890-100677533-large