Jikalau selepas ini anda ada terbaca tentang aplikasi atau permainan baru akan muncul di Google Play Store, anda boleh mendapat peringatan tentang kemunculannya apabila ia tersedia di stor aplikasi nanti. Kini, Google memperkenalkan fungsi baru pra-daftar untuk aplikasi dan permainan, dimana pengguna boleh mendapat peringatan sekiranya ia sudah berada dalam Play Store, dan menjadi pengguna yang terawal untuk muat turun dan mencubanya.

Screenshot_2015-05-10_09.34.18.0

Permainan Terminator Genisys merupakan aplikasi yang terawal mencuba fungsi tersebut. Fungsi ini membantu pembangun aplikasi untuk mempromosikan aplikasi mereka lebih awal dengan pilihan pra-daftar, serta menaikkan minat pengguna untuk menantikan kemunculan aplikasi di Play Store.

Bagi pengguna, walaupun anda telah mendaftar minat dengan pilihan pra-daftar kepada aplikasi, itu tidak bermaksud anda harus membayarnya, malah anda juga boleh menarik semula pra-daftar anda bila-bila masa sahaja.

google-play-icon-closeup