Seorang ibu berjaya menjejak lokasi anak remajanya berusia 18 tahun yang diculik dengan menggunakan aplikasi Find My iPhone, Mangsa dijumpai lebih dari 240km dari lokasi rumah beliau. Laporan dari berita CNBC menyatakan:-

Polis Daerah Pennsylvania “dimaklumkan oleh ibu mangsa dimana anak beliau diculik oleh bekas teman lelakinya” bedasarkan laporan. “Ibu mangsa juga memaklumkan bahawa beliau menerima sms daripada mangsa meminta bantuan. Ibu mangsa kemudiannya berjaya menjejak telefon mangsa dengan menggunakan iCloud dan aplikasi Find My iPhone”

 

Sumber Imej Apple.Com

Sumber Imej Apple.Com

Polis menambah lagi: mangsa dijumpai terikat dan di kunci didalam kereta di lot parking restoran Mcdonalds, Pihak polis juga menamakan suspek penculikan adalah Joseph Boller 18 tahun, dengan kadar jaminan yang ditetapkan pada USD150,000

Untuk memastikan aplikasi Find My iPhone aktif ianya memerlukan sambungan data serta akaun iCloud yang aktif, sekiranya anda masih belum memasang aplikasi tersebut sila muat turun di link dibawah dan aktifkannya

Find My iPhone

Sumber

9to5mac & CNBC

 

Sumber Imej Apple.Com