Rasanya banyak yang sudah kita ketahui tentang model telefon Samsung Galaxy A8, daripada perlbagai laporan, dan maklumat tertiris dalam beberapa hari yang lepas, spesifikasinya, gambar dan video penerangan tentang peranti itu, yang menunjukkan ia berbentuk nipis dalam rekabentuknya, kerangka logam, dan pengesan cap jari di bahagian butang utamanya.

Hari ini, sebuah lagi episod imej tertiris, muncul di internet.

CJdUCbyXAAAsMQF

Imej yang kami kongsikan diatas bukanlah dari sumber yang rasmi, namun ianya kelihatan seperti Samsung sudah muktamad dalam membangunkan bentuk rekaannya bagi peranti itu. Apabila ia dilancarkan kelak, ia dijangka akan dijual pada harga sekitar $USD500 nanti, bermula di negara China.

Menurut laporan sumber sebelum ini, model telefon Samsung Galaxy A8 akan mempunyai saiz skrin 5.7 inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 615 SoC teras octa, RAM 2GB, kamera pandangan belakang 16 megapiksel, dan bateri berkapasiti 3,050 mAh.

Mengambil kira imej grafik diatas, model telefon tersebut adalah seperti gabungan model Galaxy S6 dan S6 Edge, serta campuran model lama dari Samsung, seperti Galaxy S3, Galaxy S4, Galaxy S5 dan Galaxy Note 4.

Sumber: @OnLeaks