Dengan tarikh pengeluaran BioShock: The Collection hanya sebulan lagi, 2K telah mengeluarkan satu video membandingkan versi remastered dengan versi asal.

Jika anda tidak tahu mengenai koleksi ini, ia adalah pakej kesemua permainan Bioshock di mana anda mendapatkan BioShock, BioShock 2 dan BioShock Infinite dan DLC bagi setiap siri permainan tersebut. Mereka juga remastering dua permainan yang terdahulu untuk PC tersebut. BioShock Infinite juga akan ‘”dicantikan” untuk konsol tetapi bagi versi PC, ia sudah pada tahap grafik yang memuaskan dimana apabila anda membuatkan permainan ini pada tetapan yang tinggi jadi pembina permainan ini tidak mengubah apa-apa dari segi grafik.

1608-2K_BioShock-The-Collection_Bio1_Andrew-Ryan-Statue.0.0

Video diatas menunjukkan adegan permulaan BioShock dalam bentuk asal dan remastered . Dari menaiki kapal terbang dan berenang ke arah rumah api dan menyelam ke kedalam lautan dan tiba di Rapture, trailer ini menunjukkan versi remastered yang lebih grafik yang lebih jelas pada permainan tersebut. Video itu kemudian berakhir dengan montaj adegan dan permainan daripada ketiga-tiga permainan BioShock.

bioshock-collection-big-daddy

Ia akan dipasarkan pada 13 September untuk PS4, Xbox One, dan PC, tetapi bagi mereka yang mempunyi versi PC, permainan iniĀ  akan menerima versi dinaik taraf secara percuma. Yea untuk PCMR!!!

7