Call of Duty: Infinite Warfare adalah permainan video sains fiksyen first-person shooter yang akan datang, dibangunkan oleh Infinity Ward dan diterbitkan oleh Activision. Ia adalah siri yang ketiga belas dalam siri Call of Duty dan dijangka akan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 November 2016.

codiw05

Jalan cerita permainan Infinite Warfare adalah pada masa yang jauh kehadapan. Semua negara bersatu bersama-sama dan membentuk “United Nations Space Alliance” (UNSA) untuk memulakan penjajahan ruang angkasa lepas. Walau bagaimanapun, terdapat satu kumpulan yang menentang rancangan UNSA ini. Mereka dikenali sebagai Settlement Defense Front, yang terdiri daripada anggota tentera dan penduduk yang tinggal di di pinggir ruang angkasa. Settlement Defense Front mengisytiharkan perang ke atas UNSA dan melancarkan serangan mengejut ke atas nya, menyebabkan UNSA mengalami kekalahan yang teruk. Sebagai komander kapal perang UNSA, Kapten Reyes, seorang juruterbang Operasi Khas, ditugaskan untuk membawa anak-anak kapal untuk mengalahkan Settlement Defense Front di Bumi, di angkasa lepas dan planet-planet lain di dalam sistem solar.

infinite-warfare-cockpit

codiw04

Sama seperti permainan sebelumnya dalam siri ini, Infinite Warfare adalah first-person shooter. Permainan terbaru ini memperkenalkan suasana yang baru iaitu ruang angkasa lepas dan mekanik permainan baru diperkenalkan. Dengan mengawal Captain Nick Reyes, seorang juruterbang Special Operations Tier 1 , pemain akan terlibat dalam pertempuran udara dengan musuh-musuh menggunakan kapal perang angkasa yang dipanggil Jackal. Pemain juga akan mendapat akses kepada Retribution, hab pusat dunia . Dalam Retribution, pemain boleh memulakan misi dan serbuan ke atas kapal-kapal musuh. Menurut Infinity Ward, pertempuran di ruang angkasa lepas adalah salah satu fokus utama permainan. Permainan ini juga mempunyai beberapa mod multiplayer kompetitif dan mod co-op multiplayer Zombie .

codiw03

Versi remastered Call of Duty 4: Modern Warfare, bertajuk Modern Warfare Remastered, akan dikeluarkan pada PlayStation 4, Xbox One dan PC bersama Infinite Warfare, hanya boleh didapati dengan pembelian pakej Legacy atau Deluxe untuk Infinite Warfare. Modern Warfare Remastered  akan dibangunkan oleh Raven Software, yang pernah membangunkan mod multiplayer untuk Call of Duty pada masa lalu. remaster ini akan datang dengan kempen yang asal dan hanya 10 peta untuk multiplayer bukannya 20 seperti permainan yang asal.

codiw10Call-of-Duty-Infinite-Warfare-Lead-Image