Dengan kemunculan kamera tanpa kaca M10, Canon hari ini mengumumkan barisan baru model PowerShot mereka. Unit G5 X mempunyai resolusi tinggi pemidang tilik elektronik, manakala unit G9 X pula menawarkan rekabentuk yang nipis dan bergaya.

Kedua-dua kamera tersebut mempunyai 1 inci, 20.1 megapiksel sensor CMOS pada terasnya, dengan jarak ISO dari 125 hingga 12,800.

Kedua-dua kamera tersebut mempunyai rekod rakaman video resolusi 1080p, (24/30/60fps dalam bentuk MP4), serta rangkaian Wi-Fi/NFC untuk membolehkan pengguna menghantar foto atau video kepada peranti lain, dan peranti terbaru Canon Connect Station CS100. Ciri rangkaian tanpa wayarnya juga menjadikan kamera tersebut boleh berhubung melalui aplikasi percuma Canon Camera Connect, bagi mengawal fail serta kamera dari jarak jauh, kepada peranti telefon pintar atau tablet dengan sistem operasi iOS atau Android.

Ciri-ciri perkongsian lain termasuklah pendedahan manual, mengambil foto dalam bentuk RAW, dan binaan dalam tapisan ND. Mari kita lihat perbezaannya.

PowerShot G5 X

PowerShot G5 X - 4

PowerShot G5 X - 5

Kelebihan utama unit model G5 X adalah kualiti tinggi EVF nya. Ia mempunyai 2.36 juta titik, pemidang tilik elektronik OLED berkualiti tinggi, yang membolehkan anda mencari babak dari setiap sudut ruang, pilihan kerangka 3 inci, skrin sesentuh LCD dengan 1.04 juta warna di bahagian belakang, yang anda boleh putarkan.

PowerShot G5 X - 1

PowerShot G5 X - 3

PowerShot G5 X - 6

Di bahagian hadapan kamera adalah lensa optik zoom 4.2 kali dengan aperture f/1.8 hingga 2.8, dengan jarak tumpuan 35mm sejauh 24 hingga 100mm. Ia menampilkan 9 bilah aperture untuk efek bokeh yang lebih kemas, dan fungsi Intelligent Image Stabilization bagi mengurangkan efek pada ketika kamera bergoyang, selalunya pada tempat yang mempunyai pencahayaan yang kurang.

Di bahagian atasnya pula terdapat beberapa butang untuk mod kamera, serta mod pendedahan. Anda juga boleh melihat beberapa butang di bahagian hadapan dan belakang, serta butang kawalan di sekitar lensa yang boleh disesuaikan mengikut gaya anda mengambil foto.

Lain-lain spesifikasi adalah lampu flash yang dibina didalam, hot shoe di bahagian atas, dan port mini jack 3.5mm bagi Canon Remote Switch RS-60E3.

PowerShot G9 X

PowerShot G9 X - 3

PowerShot G9 X - 4

Unit model PowerShot G9 X dicipta dengan rekaan yang nipis, ringan, dan tampak menarik. Ianya tidak mempunyai EVF, jadi anda perlu menyesuaikan untuk mengambil foto dalam ruang skrin 3 inci LCD di bahagian belakang.

PowerShot G9 X - 2

PowerShot G9 X - 1

Lensanya adalah jenis 28-84mm, aperture f/2 hingga 4.9, optik zoom sehingga 3 kali ganda. Ia turut mempunyai sistem penstabilan yang sama terdapat pada model unit G5 X serta kemampuan mengambil foto dengan kelajuan sehingga 6fps.

Harga & Kesediaan

Kedua-dua model PowerShot G5 X dan G9 X telah berada di Malaysia, dan berikut merupakan harga rasmi di sini:

Canon PowerShot G5 X – RM3,199 (termasuk cukai 6% GST)
Canon PowerShot G9 X – RM1,999 (termasuk cukai 6% GST)