Canon telah melancarkan kamer DSLR EOS 800D, EOS 77D  dan kamera EOS M6 mirrorless dengan kanta boleh ditukar.

shopify.com

shopify.com

EOS 800D direka untuk jurugambar peringkat permulaan dan dijual pada harga RM3,299 untuk badan kamera sahaja. EOS M6 adalah tambahan terbaru kepada siri M dan direka bentuk untuk enthusiast . Ia dijual pada harga RM3,409 untuk badan kamera sahaja. EOS 77D direka untuk jurugambar amatur dan berharga RM3,799 untuk badan kamera sahaja.

EOS 800D dan EOS 77D mempunyai banyak ciri-ciri yang sama termasuk optical viewfinder dengan 45 point, sistem autofocus merentas jenis dan sistem AF Dual Pixel Canon untuk mod live view.

Gizmag

Gizmag

Kamera – kamera ini juga mempunyai Wi-Fi, NFC, dan Bluetooth untuk berhubung dengan peranti pintar yang lain. Ia juga mempunyai 24.2-megapixel APS-C CMOS sensor, DIGIC 7 pemproses imej, pelbagai sensitiviti ISO 100-25.600, paparan skrin sentuh 3-inci yang boleh dilaras, filem HDR dan time lapse, dan boleh mengambil gambar secara berterusan sehingga 6fps.

Kamera EOS 77D disasarkan kepada pengguna yang lebih berpengalaman, mempunyai ciri-ciri seperti dan anti-flicker shooting, 7650-pixel RBG termasuk IR metering sensor yang serupa dengan yang terdapat pada EOS 80D. Kamera ini juga mempunyai panel LCD diatas dan tombol kawalan cepat untuk tontonan lebih mudah pada tetapan kamera.

Canon EOS M6 adalah kamera kanta boleh ditukar ganti tanpa cermin yang mempunyai sistem Dual Pixel CMOS AF, 24.2 megapiksel sensor APS-C CMOS, boleh melakukan burst shooting sehingga 7fps, DIGIC 7 pemproses imej, 5-paksi penstabilan imej dan rakaman video HD pada 60fps.

Ketiga-tiga kamera boleh didapati di seluruh negara sekarang dan dijual dengan jaminan selama satu tahun.

c2769f00775cab893d502603e92080247db9a460