Amaran artikel ini tidak sesuai dibaca oleh penggemar tegar stesen tv kabel/satelit tempatan

Sekiranya anda menetap di malaysia, ianya agak sukar untuk menonton rancangan khas daripada HULU ataupun Netflix, dan kepada mereka yang baru sahaja mempunyai Apple tv 4 kami boleh membantu anda untuk mendapat akses untuk menonton rancangan khas dari penyiar ini, Sila ikuti langkah dibawah,

  1. Cipta apple id u.s, pergi ke appstore itunes mac/pc bawah sekali (sbelah kanan) bendera bulat click dan tukar negara ke u.s, dan masuk ke apple app store u.s 
    itunes
  2. Muat turun mana-mana aplikasi percuma dan anda diarahkan untuk membuka akaun 
    itunes2
  3. Buka akaun seperti biasa (anda mungkin memerlukan alamat di u.s) jika anda kawan atau saudara mara boleh gunakan alamat mereka, (google juga mungkin membantu)
  4. Kemudian sila langgan mana-khidmat DNS bagi membolehkan anda mengakses capaian rangkaian internet ke u.s, kami cadangkan UnoTelly 
    unotelly3
  5. Di Apple Tv masukkan ip DNS tersebut di Setting > Network > WiFi anda > Configure DNS > Manual
  6. Aktifkan DNS anda di portal Unotelly (dan pastikan sambungan Apple Tv anda ke ip DNS tadi berjaya) 
    unotelly
  7. Di Apple Tv sila login Apple id u.s anda yang baru tadi ke Setting > Account > iTunes and Appstore
  8. Muat turun Aplikasi Hulu atau Netflix, dan langgan tempoh cubaan di Apple Tv 
    appletv appstore
  9. Cipta kata laluan anda pada Aplikasi HULU atau Netflix di Apple Tv, User ID anda adalah apple id u.s (ini adalah langkah tambahan sekiranya anda mahu menonton di peranti lain seperti tablet atau telefon pintar)
  10. Sekiranya anda jatuh hati dengan HULU atau Netflix dan bersedia untuk melanggan sila topup akaun apple id u.s anda (Redeem) dengan membeli U.S itunes gift card anda dimana-mana laman (sila google)
  11. Pastikan akaun anda sentiasa mempunyai nilai yang mencukupi, ini kerana Pihak Apple akan mengecas langganan Hulu atau Netflix anda bagi setiap 30 hari atau bulanan
  12. Rileks dan enjoy tontonan tanpa had

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk mengikuti langkah diatas atau mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai artikel ini, sila tinggalkan komen dibawah

IMG_7613