Minggu ini sedang berlaku acara QuakeCon di Dallas, Texas, dan bagi yang tidak dapat datang pada acara tersebut, jangan bersedih kerana terdapat jualan hujung minggu QuakeCon di Steam. Anda boleh memuat turun permainan daripada Bethesda yang telah diberi diskaun yang berpatutan sehingga 8 Ogos ini.

Steam-1

Doom, mempunyai diskaun sebanyak 50%, pembelian yang paling berbaloi untuk permainan yang anda akan enjoy. Fallout 4, The Elder Scrolls Online, Wolfenstein: The New Order dan The Old Blood, Rage, dan banyak permainan lain juga diberikan potongan separuh harga. Permainan lain yang Bethesda terbitkan, seperti Dishonored’s Definitive Edition, The Evil Within, dan Fallout 3: Game of the Year Edition diberi diskaun sebanyak 40%.

SUMBER

page_bg_english