Windows 10 boleh dimuat turun kepada pengguna Win7,8 & 8.1 secara percuma untuk 1 tahun pertama

Windows 10 sudah boleh dimuat turun bermula pada hari ini, dan seperti yang kami sedia maklumkan, ianya diberi secara percuma pada 1 tahun pertama, Pengguna boleh menggunakan versi WIndows ini tanpa had sewaktu dalam tempoh tersebut.

Cara/langkah untuk memuat turun versi ini adalah:-

  1. Kemaskini komputer anda dan pastikan anda mempunyai kemaskini yang terkini
  2. Satu notifikasi get windows 10 akan terpapar dibawah bar notifikasi dibawah (klik pada notifikasi tersebut)
  3. Klik Reserve Your Upgrade dan Windows 10 akan mula memuat turun Versi Windows 10 secara berperingkat
  4. Setelah muat turun selesai anda akan diminta untuk restart komputer anda dan proses naik taraf akan bermula,
  5. Setelah selesai proses naik taraf selesai, anda sudah boleh mula menggunakannya

*Cara diatas mungkin boleh berubah mengikut masa kesemasa memandangkan ramai pengguna telah mula memuat turun Versi WIndows 10 ini

(Tambahan)Windows 10 pada Telefon pintar pula masih belum boleh dikemaskini, dan pihak microsoft memaklumkan ianya boleh dinaik taraf pada hujung tahun ini,