Penggodam telah berjaya memecahkan PC DRM, Denuvo, yang telah sekian lama dikatakan tidak akan dapat dipecahkan oleh mana-mana pihak. Rise of the Tomb Raider sekarang sudah boleh dimuat turun di Internet tanpa menggunakan atau melangkaui Steam dan Denuvo.

vhotfoebyqdwgddrwio0

Pada mulanya, ia telah dipintas oleh penggodam Bulgaria yang dikenali sebagai Voksi. Cara pintasan Steam/Denuvo dari Voksi ini membenarkan untuk sementara waktu orang ramai bermain salinan cetak rompak permainan seperti Doom, Total War: Warhammer dan Just Cause 3 melalui Steam.

Walaubagaimanapun cara untuk memintas DRM Denuvo dan Steam ini telah disekat baru-baru ini. Sebaik sahaja Denuvo/Steam memperbaiki keselamatan DRM mereka, terdapat sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai CONSPIR4CY (aka CPY) mengeluarkan satu versi cracked untuk Rise of the Tomb Raider.

denuvo-cpy

Walaupun CONSPIR4CY telah pasti mencapai sesuatu yang luar biasa, persaingan mereka dengan Denuvo masih lagi jauh untuk dikatakan telah mencapai kemenangan.

Setakat ini hanya Tomb Raider telah dipecahkan, dan ia telah lama dikeluarkan pada bulan Januari tahun ini, bermakna bahawa permainan itu mempunyai lebih daripada enam bulan jualan yang bebas dari cetak rompak . Tetapi, tiada siapa yang tahu bila CONSPIR4CY memulakan kerja untuk memecahkan permainan tersebut.

Dan Denuvo pasti akan memperbaiki apa sahaja kelemahan yang menjadi penyebab kepada perkara ini, peperangan menentang cetak rompak adalah perlumbaan senjata yang tidak ada berkesudahannya.

Walau ada mengatakan cetak rompak akan menyebabkan kerugian terhadap industri permainan video, ia tidak kelihatan kesan yang besar terhadap jualan permainan tanpa mengira jika ia cetak rompak atau tidak. Ini dapat dilihat dalam beberapa penjualan permainan tanpa DRM termasuk Dark Souls 3, yang dikeluarkan tanpa sebarang DRM dan telah berjaya dijual lebih daripada 1 juta salinan di Steam.

denuvo