Digi-RM20-Prepaid-Broadband-Plan-600x292

Digi baru sahaja mengumumkan pakej pelan terbaharu untuk jalur lebar dengan harga hanya RM20 pada pek permulaan mereka. Data bagi pek baru itu diberikan data 1GB untuk 30 hari, dan anda boleh milikinya melalui laman stor rasmi mereka.

Tawaran tersebut adalah eksklusif dari Digi, kerana selepas selesai promosi, Digi akan menukar semula kepada pek RM20 untuk data 500MB, dan bertahan untuk 25 hari sahaja. Namun begitu, mereka ada membuat promosi akan datang, iaitu pada 1 Mac hingga 30 Jun 2015 nanti, dengan tambahan kuota internet setiap kali anda tambah nilai dengan harga serendah RM5 untuk data 200MB selama 2 hari dari tarikh tambah nilai.

Tapi bukan itu sahaja, jika anda konsisten tambah nilai pada setiap bulan, pihak telko akan memberikan anda data tambahan pada masa sama. Seperti anda tambah nilai RM30 setiap bulan contohnya, anda akan mendapat tambahan data 100MB dari tarikh 4 hingga 12 haribulan, dan percuma 200MB pada tarikh 13 haribulan seterusnya.

Digi-RM20-broadband-plan-reload-value-and-validity-600x382

Tapi pelan tambah nilai ekslusif ini hanya untuk penggunaan peranti jensi telefon pintar atau tablet sahaja, bermaksud anda tidak terikat dengan sebarang kontrak dan tiada caj tambahan dikenakan untuk mendapatkannya.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh dapatkan dari laman web rasmi Digi sendiri.

Sumber: Lowyat.NET