Naik taraf percuma permainan “Doom ‘pada telah diumumkan oleh Bethesda. Update ini membawa dua mod baru yang setiap peminat permainan video inginkanDeathmatch dan Private Matches.

Deathmatch pada mod pelbagai pemain ini adalah free-for-all. Ini bermakna pemain bermain dengan seorang diri pada perlawanan ini tanpa rakan sepasukan yang akan membantu mereka dan objektif anda ialah membunuh sebanyak mana pemain lain yang mampu sebelum masa tamat dan tiada Demon Runes pada perlawanan Deathmatch ini.

Di samping itu, private match juga kini boleh dimainkan, yang membolehkan pemain untuk menyediakan peraturan perlawanan mereka sendiri untuk bermain sepertimana yang mereka mahu. Ini membolehkan pemain untuk membuat custom games dan memilih peta perlawanan dan menyesuaikan masa dan had markah.

Untuk kandungan single-player , tiada perubahan yang ketara kecuali yang berkisar bug fixes, penyelesaian permainan membeku (freeze/hang), isu-isu animasi, dan masalah – masalah lain.

maxresdefault