Pelbagai komen pengguna berikan terhadap model Nexus 6 dengan saiznya. Ada yang menyukainya, dan ada yang merasakan saiz 6 inci itu terlalu besar bagi penggunaan harian. Hari ini, terdapat spekulasi memberitahu Google bercadangan untuk memberikan lesen pembangunan peranti Nexus kepada dua syarikat.

Laporan itu memberitahu bahawa syarikat LG dan Huawei merupakan dua syarikat itu untuk membangunkan peranti Nexus bagi tahun ini. LG menamakan kod peranti telefon pintar itu sebagai “Angler”, dan dikatakan akan mempunyai paparan skrin bersaiz 5.2 inci, cip pemproses Snapdragon 808 teras hexa, dan bateri berkapasiti 2,700 mAh.

Manakala untuk Huawei pula, nama kod bagi peranti Nexus mereka akan diberi nama “Bullhead”, dan akan mempunyai saiz skrin 5.7 inci, cip pemproses 810 teras octa, dan bateri berkapasiti 3,500 mAh untuk penggunaan lebih lama.

Tiada model tablet baru Google akan lancarkan bersama-sama dengan dua model telefon pintar Nexus ini, syarikat berpendapat pengguna boleh memilih tablet Nexus 9 yang sudah sedia ada di pasaran sekarang.

Tradisinya Google hanya akan melancarkan sebuah model telefon Nexus sahaja setiap tahun, namun melihatkan kepada respon pelbagai pendapat tentang model Nexus 6 mereka, Google merasakan mereka patut melancarkan dua model dari dua syarikat berasingan untuk keluaran tahun ini.

Namun ini semua masih lagi dalam peringkat spekulasi, namun kami melihatkan ia nampak menarik kerana pengguna diberikan pilihan lebih dari satu untuk model telefon pintar Nexus.

Sumber: Android Police