Facebook telah lama membeli syarikat WhatsApp, namun sehingga ke hari ini kita masih tidak nampak pelan sempurna mereka dalam tujuan sebenar mereka membeli syarikat tersebut. Malah aplikasi berbual mereka pun masih ditekankan lagi dengan Messenger, jadi apakah fungsi WhatsApp kepada Facebook sebenarnya selain mendapatkan pengguna sedia ada mereka sekarang ini? Ini bukan jawapan anda kepada persoalan tersebut.

Screenshot_2015-04-04-19-52-36

Sebuah sumber telah berkongsi imej yang dikatakan kemaskini aplikasi Facebook Android akan datang, dengan tambahan butang kongsi kepada WhatsApp dalam bahagian status pengguna nanti. Dikatakan versi kemaskini tersebut adalah 31.0.0.7.13, dan terdapat laporan mengatakan terdapat beberapa pengguna di luar sana yang telah mendapat kemaskini itu.

Banyak sebenarnya kami fikirkan tentang berita ini, kerana jika kita lihat pada servis Messenger sekarang, telah banyak transformasi yang menjadikan sistem chat mereka itu bagus. Dengan pelbagai emoji nya, dengan pelbagai fungsi didalamnya, kami tidak nampak arah manakah servis WhatsApp boleh diselit sebenarnya. Namun jika benar itu yang Facebook akan bawakan, maka kita sedang lihat syarikat tersebut mula membawa sedikit servis yang mereka beli itu kedalam ekosistem.

Sumber juga memberitahu bahawa Facebook akan membolehkan pengguna menghantar mesej atau berkongsi fail sesama mereka, menerusi kedua-dua Messenger dan WhatsApp. Itu adalah bahagian yang kami sangat keliru sebenarnya. Walau bagaimanapun, kami percaya Facebook sedang merancang sesuatu yang mungkin akan menggabungkan kedua-dua servis itu kepada satu di masa akan datang. Dan kebaikannya nanti kita semua akan terima, dan juga kepada kerajaan dan pihak berkuasa.

Sumber: GeekTime