Versi remastered Full Throttle, permainan pengembaraan dari LucasArts  mengenai bikers dan muzik heavy metal, sedang dalam pembangunan untuk PlayStation 4, PlayStation Vita dan PC, diumumkan oleh pemajunya, Tim Schafer semasa PlayStation Experience 2015.

Grafik Full Throttle Remastered akan mengemaskini bunyi, komentar dari pemaju dan pelbagai pilihan kawalan seperti dimaklumkan oleh Schafer. Seperti remakes Double Fine yang lain iaitu Grim Fandango Remastered dan Day of the Tentacle Remastered , Full Throttle Remastered juga akan tidak akan diubah dari segi permainan dan sama seperti permainan asal.

Pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1995, LucasArts di sebalik Full Throttle, termasuk Schafer, juga pernah mengusahakan permainan pengembaraan grafik seperti siri Monkey Island.