Screenshot-2015-04-01-10.51.07(2)

Google hari ini mengumumkan model baru komputer riba Chromebook dengan kerjasama Haier dan Hisense dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu $USD149 atau sekitar RM551 sahaja.

Model baru Chromebook itu dibangunkan oleh syarikat Asus, termasuklah dengan komputer berbentuk thumb-drive yang menjalankan sistem operasi Chrome OS yang diberi nama Chromebit, dan model pertama Chromebook dengan skrin boleh berputar yang diberi nama Chromebook Flip.

Model baru Chromebook tersebut mempunyai spesifikasi skrin bersaiz 11.6 inci, cip pemproses quad-core, RAM 2GB yang boleh diperbesarkan lagi sehingga 16GB, jangka masa bateri 8 hingga 10 jam, dan storan dalaman 16GB.

Bagi model Chromebit pada bentuk peranti thumb-drive diatas, adalah sebuah komputer dengan sistem operasi Chrome OS, dijual pada harga $USD100 atau sekitar RM370 sahaja.

asus-chromebook-flip

Namun anda perlu membeli peranti monitor untuk digunakan, kerana konsepnya adalah anda hanya perlu memasukkannya kedalam sebarang peranti yang boleh memberi paparan dan port USB, kemudian ia akan menjadi set komputer anda yang lengkap. Ianya sesuai digunakan pada tempat sekolah dan dunia perniagaan.

Akhir sekali, Google memperkenalkan model komputer riba Chromebook yang baru dengan kerjasama Asus yang mana anda boleh putarkan skrinnya untuk menjadi tablet dan komputer dalam masa yang sama. Google mengumumkan bahawa model tersebut akan dijual pada harga $USD249 atau sekitar RM921 sahaja.

Google juga mengumumkan bahawa model Chromebook bersaiz 11.6 inci dengan harga $USD199 atau sekitar RM736 dan model Chromebook bersaiz 15 inci dengan harga $USD499 atau sekitar RM1,846 akan tiba dalam beberapa bulan akan datang dari pembangun peranti Acer, AOPEN, ASUS, Dell, HP, Lenovo, dan LG.