Live Photo adalah salah satu ciri baru pada peranti iPhone 6s yang ditambahbaik didalam sistem operasi iOS yang dipanggil 3D Touch, Dengan menekan hold/tap pada gambar ianya akan bergerak dalam tempoh beberapa saat,

Kini Google Photo (salah satu servis simpanan gambar percuma) mula menyokong fail gambar Live Photo ini dan sedia untuk dimuat naik ke server mereka, sekiranya anda tersedia menggunakan Google Photo pada peranti iOS anda, anda mungkin perlu untuk mengemaskini aplikasi ini.