Menurut kenyataan yang dikongsi dalam sebuah sesi soal-jawab di laman web Reddit semalam, pasukan Google Chrome memberitahu bahawa mereka kini masih tiada lagi perancangan untuk membawakan extension kepada pelayar web mereka dalam paparan mudah-alih.

Menurut mereka lagi, mereka masih belum ketemui jalan untuk mengintegrasikan pelayar web mudah-alih mereka dengan extension, namun kami agak skeptik dengan bahagian pernyataan itu.

Sesetengah extension utnuk pelayar web memang ada melanggari terma yang pihak Google telah tetapkan. Contohnya extension Adblock, yang menghalang segala bentuk iklan dalam laman web. Itu pastinya akan mengundang tingkahlaku pengguna yang boleh melanggari undang-undang, dan Google tidak mahu itu akan berlaku. Jadi langkah mudah, adalah membiarkan fungsi extension tidak diperkenalkan pada pelayar web mudah-alih, dan hanya biarkan sahaja pengguna menggunakan pelayar seperti biasa dengan pengguna lain.

Sumber: /r/Android