Bulan lepas NVIDIA memperkenalkan kepada dunia GTX 980 dalam bentuk yang baru untuk gaming laptop. Menggunakan GPU Maxwell yang sama dengan desktop PC, ia mempunyai tahap prestasi yang sama tetapi dengan penghantaran kuasa dan TDP yang diubah sedikit. Komputer riba yang dikuasakan oleh GTX 980 ini menjanjikan penambahan kuasa grafik yang ketara. Dan ia juga mengintegrasikan dengan pemproses model Intel terbaru iaitu Skylake yang diunlock.
MSI GT72S Dominator Pro G ini kelihatan hampir sama dengan versi GT72 sebelumnya, tetapi ia menyembunyikan perkakasan yang tidak mungkin boleh dibawa dengan laptop backpack anda. Dengan paparan luaran berwarna merah dengan logo MSI Dragon Army yang sangat ketara, pasti ia menonjol di khalayak ramai.
Di sebelah kiri, anda akan mendapati empat port USB 3.0 dan juga empat input dan ouputs audio dan pembaca kad SD.
Di seberang terdapat dua lagi USB 3.0 (berjumlah enam kesemuanya) dan Blu-ray. Oleh kerana terdapat banyak port USB 3.0 anda tidak akan kehabisan tempat untuk menyambung laptop ini kepada aksesori anda – headset, mouse, keyboard, hard drive dan portable fan?
Akhir sekali, di sebelah belakang, kita mempunyai sambungan DisplayPort mini, USB 3.1 port (tiada Thunderbolt 3), HDMI bersaiz penuh , Gigabit Ethernet dan input kuasa.
Bahagian atas bahagian luar dicat merah dengan logo naga MSI. Mata naga akan menyala apabila sistem dihidupkan – sentuhan yang bagus dari MSI.
Peminat Kami