Halo: Spartan Strike adalah permainan penembak (shooter) yang berada didalam dunia sains fiksyen Halo . Seperti permainan sebelumnya Halo: Spartan Assault, permainan ini dibangunkan oleh 343 Industries dan Vanguard Games. Ia telah dikeluarkan untuk iOS, Windows, dan Windows Phone pada 16 April 2015.

halo-spartan-strike-cinematic-knight-strike_epic

Halo: Spartan Strike memberi anda watak sebagai seorang askar elit Spartan melawan musuh didalam format touch-based top-down shooter yang boleh dimuat turun di Windows 8 / 8.1, Windows Phone 8 / 8.1, Steam, iPhone, dan iPad dengan harga USD 5.99.

Halo: Spartan Strike mempunyai cerita baru yang menarik di alam semesta Halo yang disetkan semasa peristiwa Halo 2 di New Mombasa pada tahun 2552. Ia mempunyai 30 misi yang mencabar yang merangkumi bandar-bandar dan hutan. Anda akan dilengkapi dengan pelbagai senjata yang hebat,termasuk kenderaan Warthog yang ikonik untuk bertempur dengan Covenant dan Promethean. Anda sebagai Spartan perlu melaku misi untuk menghalang musuh anda dari menakluki Bumi.

halo-spartan-strike-cinematic-ancient-enemies-362bbaa737ae42a597228b04e8face05

Halo: Spartan Strike juga boleh didapati pada iPad, iPhone, dan Steam didalam Halo: Spartan Bundle yang juga mengandungi Halo: Spartan Assault – Halo dengan harga USD 9,99.

Sos Mustard: http://www.postcrawl.com/halo-spartan-strike-out-today-on-ios-windows-and-windows-phone/

Halo-Spartan-Strike-1-810x456