DRAMeXchange, melaporkan kenaikan harga dalam pasaran DRAM untuk PC meningkat lebih tinggi daripada yang apa yang dijangkakan kerana bekalan di pasaran sudah tidak mencukupi dan ini diburukkan lagi dengan kelembapan pengeluaran DDR4 kerana untuk penjagaan kualiti pada produk yang kompleks dan canggih ini.

Contoh kos pembuatan selama 12 bulan bagi Kingston HyperX Fury Black 16GB DDR4

Berdasarkan pemantuan untuk  kontrak yang telah siap untuk awal suku kedua, DRAMeXchange menganggarkan bahawa purata harga kontrak modul 4GB DDR4 akan naik sebanyak kira-kira 12.5% berbanding dengan suku pertama, daripada AS $ 24 hingga AS $ 27.

Dilihat tiada penyelesaian dalam jangka masa pendek kepada masalah kekurangan bekalan kerana Samsung dan Micron mempunyai masalah dalam peralihan pengeluaran di bawah-20nm.

Samsung telah mula menghasilkan produk 18nm PC DRAM sejak pertengahan suku pertama tahun ini. Peralihan ke tahap teknologi pembuatan yang lebih tinggi cenderung untuk mewujudkan kesukaran dan cabaran pada reka bentuk, dan Samsung telah mendapati bahawa beberapa modul ingatan mempunyai isu-isu keserasian dengan platform notebook tertentu. Kadar kerosakan yang tinggi daripada proses 18nm yang telah melambatkan penghantaran DRAM tersebut kepada pembekal. Dengan Samsung sekarang masih mencuba untuk menyelesaikan masalah kualiti produk, pengeluran kepada pasaran akan menjadi sangat terhad.

Sementara itu juga Micron menghadapi isu-isunya yang sendiri. Syarikat tersebut telah membuat pensampelan produk memori 17nm yang juga sejak pertengahan suku pertama, tetapi peralihan keseluruhan mengambil masa lebih lama daripada apa yang dijangkakan. Ini bermakna kelewatan kepada pengeluaran secara besar-besaran DRAM 17nm selepas suku kedua, yang juga akan menyumbang kepada harga yang lebih tinggi kerana kekurangan stok berbanding dengan permintaan.

Antara ketiga-tiga pembekal terbesar DRAM, hanya SK Hynix yang tidak beralih kepada teknologi pembuatan yang lebih canggih untuk PC DRAM dan tidak mempunyai masalah dalam pengeluaran produk-produknya. DRAMeXchange menegaskan bahawa permasalahan pada Samsung dan Micron menunjukan bahawa halangan dalam reka bentuk dan pembuatan menjadi ia jauh lebih sukar jika berlaku penukaran pengeluaran kepada bawah-20nm.

Kesimpulannya di sini adalah harga RAM terus meningkat. Jika anda merancang membina PC baru atau menaik taraf RAM anda, lakukan dengan segera sebelum harga RAM betul meningkat!