Huawei merupakan sebuah syarikat gergasi di negara China, mengumumkan model baru telefon pintar mereka SnapTo akan dilancarkan pada negara Amerika dahulu, melalui laman web Amazon, dan akan menjadi pesaing kepada model Moto G daripada Motorola.

Huawei SnapTo akan mempunyai spesifikasi saiz skrin 5 inci dengan resolusi 1,280 x 720 paparan HD, cip pemproses Qualcomm Snapdragon 400 SoC dengan empat teras Cortex A7 yang dijalankan pada kelajuan 1.2GHz dan GPU Adreno 305, RAM 1GB, dan storan dalaman 8GB.

huaweisnapto

Untuk kamera pula, posisi bahagian belakang adalah 5 megapiksel, dan posisi hadapan 2 megapiksel. Selain dari itu, model telefon pintar ini akan mempunyai rangkaian 4G LTE, bateri berkuasa 2,200 mAh, dan menjalan sistem operasi Android yang agak ketinggalan, versi 4.4 KitKat dengan antaramuka Emotion UI versi 2.3.

Huawei SnapTo akan dijual pada harga $179.99 (sekitar RM655) di pasaran negara Amerika, dan akan mula dijual pada tarikh 18 April melalui laman web Amazon, yang didatangkan dalam dua warna iaitu Hitam dan Putih sahaja. Tiada kenyataan rasmi dari pihak Huawei samada model ini akan dilancarkan juga ke negara berlainan termasuk Malaysia.

Sumber imej: Android Authority