Apple baru sahaja mengadakan sidang konferens pembangunan WWDC 16 pada beberapa hari lepas, dan setelah kami melihat secara keseluruhannya melalui pelbagai ciri terbaru yang lain, kami rasakan ciri/fungsi terbaru pada iMessage adalah agak menarik dan disini saya akan senaraikan antara yang mungkin kerap digunapakai oleh kami.

Efek Bubble Chat

imsgios10a

(Sumber imej – Apple/Youtube)

Ini mungkin salah satu cara yang terbaik bagi meng-ekspresi-kan perasaan melalui chat pelbagai effect yang ada dan yang terbaik bagi kami adalah Slam dan Invisible Ink  .

Reaksi Segera Tapback

imsgios10d

(Sumber imej – Apple/Youtube)

Bagi kami apa sahaja yang pantas untuk membalas mesej seseorang, merupakan salah satu cara yang terbaik, semestinya kami akan kerap menggunakan fungsi ini.

Gantian Perkataan Kepada Emoji

imsgios10e

(Sumber imej – Apple/Youtube)

Kaki emoji pasti akan jatuh cinta dengan fungsi/ciri ini kerana setiap perkataan yang ditulis boleh diubah kepada emoji dengan sekali tap,

Sekiranya anda terjumpa sesuatu fungsi/ciri baru imessage pada ios10 yang mungkin bagi anda terbaik, sila kongsikan di ruangan komen,