intel-realsense-smartphone

Bercakap di Forum Pembangunan Intel hari ini di Shenzhen, China, CEO Intel Brian Krzanich mengumumkan teknologi kamera RealSense untuk peranti jenis telefon pintar.

Kepada anda yang tidak mengenali teknologi RealSense, ia merupakah teknologi kamera yang membolehkan pengguna mengawal objek dalam perisian komputer mereka, atau sebarang peranti, dengan hanya gerakan pada tangan sahaja. Bayangkan ia seperti Tony Stark sedang mengawal objek hologram nya untuk berinteraksi. Sudah faham? Sekarang bayangkan teknologi tersebut dibawa ke telefon pintar anda. Menarik bukan?

Lihat pada video pengenalan oleh Intel mengenai teknologi RealSense tersebut.

Teknologi kamera itu sebenarnya telah lama dibawa kepada beberapa model komputer biasa dan komputer riba yang kini di pasaran. Namun bukan setakat itu sahaja, Intel juga menyatakan bahawa teknologi tersebut telah dipakai pada peranti drone, pengesanan wajah dalam panggilan video, set permainan Kinect, pengesan pergerakan dalam realiti maya, dan juga pada pengimbas objek tiga dimensi.

Berbalik semula kepada apa yang kami sampaikan di awal perenggan, Intel telah membawa teknologi kamera tersebut kedalam sebuah peranti telefon pintar bersaiz 6 inci, dengan kurang penggunaan tenaga yang dapat menjimatkan bateri telefon anda, dan kamera tersebut mampu mengesan objek dari jarak yang jauh juga, ini bermakna kita akan dapat peluang menggunakan kamera RealSense dalam beberapa model telefon akan datang.

Intel juga menyatakan bahawa mereka telah berkerjasama dengan sebuah syarikat jualan dalam talian di negara China, yang membantu mereka dalam mengesan saiz kotak dan ruangan tempat untuk tujuan penyimpanan stok barangan lebih sistematik. Intel juga telah mempersembahkan sebuah peranti tablet dengan sistem operasi Windows 10 untuk pengecaman wajah.

Tiada tarikh diberikan dan syarikat pembangun peranti manakah mereka sedang berkerjasama, namun kita harapkan akan ada mana-mana syarikat diluar sana yang akan menggunakan teknologi ini kepada produk mereka.

maxresdefault