Intel mungkin berasa tekanan dengan pelancaran CPU AMD Ryzen yang berjaya menghidupkan semula persaingan diantara dua pembuat CPU tersebut. Ini kerana menurut laporan dari Taiwan Digitimes, laman web tersebut mendakwa bahawa Intel akan mempercepatkan pelancaran CPU Basin Falls i.e Skylake-X dan Kaby Lake-X  dan chipset X299 pada akhir bulan Mei dan bukannya akhir bulan Julai, dan CPU Coffee Lake pada bulan Ogos berbanding Januari tahun depan.

The Country Caller

Menariknya, Digitimes juga menyebut bahawa AMD merancang untuk mengeluarkan CPU Ryzen 16-core dan platform X399 pada suku ke-3 2017 ke pasaran. Jika perkara seperti ini benar berlaku, ia akan mengubah jadual pelancaran Intel, yang akan perlu untuk merombak pengeluaran CPUnya semula untuk bersaing dengan kesemua CPU dari AMD akan keluarkan. Menurut sumber itu, CPU 14nm Coffee Lake dan chipset Z370 yang akan dilancarkan pada bulan Ogos dan juga chipset H370 dan B360 / H310 pada akhir 2017 atau awal 2018.

Ia tidak diketahui bagaimana Intel akan meletakkan Skylake-X dan Kaby Lake-X terhadap satu sama lain, tetapi Digitimes juga mengatakan bahawa mereka akan berkongsi soket yang sama dengan sekurang-kurangnya 2,000 pad dan pengawal platform dipanggil X299.

CPU Skylake-X dan Kaby Lake-X, yang akan berada pada proces 14nm, akan mempunyai kecekapan kuasa dan haba yang lebih baik .Skylake-X akan mempunyai 6 hingga 12 teras fizikal dan mempunyai 140W TDP, manakala Kaby Lake-X mungkin terhad kepada empat teras di 112W.

Untuk CPU Coffee Lake, Intel dilaporkan akan menlancarkan CPU tersebut lewat tahun ini, yang akan menjadu CPU Generasi ke-8. Ini masih lagi akan dikeluarkan diproses 14nm, menjadi generasi 14nm yang keempat. Ini kerana Intel telah menghentikan strategi  “tick tock” apabila Kaby Lake dibina yang mempunyai dua langkah proses architecture dan proses changes dalam dua kali setahun dengan menambah langkah ketiga iaitu optimisation.

Walau bagaimanapun,CPU seni bina 10nm yang diberi nama kod Cannonlake tidak diketahui sama ada akan ditangguhkan lebih lebih lama lagi, atau akan digunakan hanya untuk cip komputer riba nipis dan tablet.