OneTouchWatch-Press-01-1200-80

Pada majlis CES di Las Vegas yang lepas, peranti jam tangan pintar Alcatel OneTouch Watch telah menarik perhatian ramai pengunjung. Sekarang selepas dua bulan dari tarikh majlis tersebut, Alcatel mengumumkan bahawa jam tangan pintar mereka kini sudah dibuka pra jualannya kepada umum.

Rekabentuknya masih lagi kekal seperti yang terkeluar pada bulan Januari lepas, bermakna ianya akan mempunyai kerangka dari perak, dan tali jam tangannya yang berwarna hitam. Alcatel OneTouch diletakkan pada harga $USD149.99, iaitu sekitar RM555 sahaja, dan akan mula dihantar kepada pelanggan selepas 30 hari dari tarikh pembelian.

Jam tangan pintar Onetouch Watch ini menjalankan sistem operasi yang boleh berhubung dengan sebarang peranti jenis iOS dan juga Android. Ia juga mempunyai fungsi penghantaran notifikasi kepada peranti, trek kecergasan, dan jangka hayat baterinya juga dikatakan boleh bertahan selama dua hingga lima hari, bergantung kepada cara penggunaan.

Apakah pendapat anda dengan Alcatel Onetouch Watch ini? Berminat untuk mendapatkannya?