Nampaknya Microsoft sudah mula mengunci kemas kini sistem untuk pengguna Windows 7 dan 8.1.yang menggunakan AMD Ryzen dan pemproses Intel  Kaby Lake.

Ini bermakna semua kemas kini, termasuk kemas kini keselamatan, tidak akan berada pada PC yang menggunakan cpu baru (seperti Ryzen dan Kaby Lake) dan tetapi masih menggunakan sistem operasi yang lebih lama.

Tom’s Hardware

Berita mengenai ini pernah tersebar pada bulan Januari tahun, dan halaman sokongan Microsoft pada bulan Mac memperincikan polisi menyekat kemas kini untuk PC yang menggunakan Kaby Lake dan Ryzen yang menggunakan Windows 7 atau 8.1.

Ars Technica melaporkan bahawa pada masa ini, Microsoft akan mengesan CPU Ryzen atau Kaby Lake yang menjalankan Windows 7 atau Windows 8.1 dan mengeluarkan mesej berikut:

“Your PC uses a processor that is designed for the latest version of Windows. Because the processor is not supported together with the Windows version that you are currently using, your system will miss important security updates. Please select the “Learn More” link to address the situation.”

Alasan Microsoft dengan langkah pembekuan penggunaan Windows 7 atau 8.1 adalah  untuk  versi Windows lama tidak dapat menyokong ciri-ciri dan keupayaan cpu yang lebih baru. Sebagai contoh, Windows 7 tidak secara asal menyokong USB 3 atau NVMe. Tetapi bagi saya ini bukanlah masalah utama kerana terdapat driver yang akan menyokongan untuk perkara seperti TRIM, USB 2.0 / 3.0, dan banyak lagi.

Tetapi rasional Microsoft  boleh difahami. Dengan Windows 10, syarikat itu sedang cuba untuk keluar keserasian ke belakang (backwards compatibility). Ada yang mengatakan bahawa keserasian ke belakang menahan dari Microsoft  dari berinovasi dan bergerak ke hadapan dengan cepat dengan teknologi terkini.

Tetapi bagi Windows 8.1 masih dalam tempoh sokongan, di mana ia sepatutnya akan menerima bukan sahaja kemas kini keselamatan, tetapi juga naik taraf fungsi. Dan tidak seperti Windows 7, Windows 8.1 mempunyai sokongan untuk USB 3 dan NVMe, jadi kesukaran untuk pemasangan fungsi-fungsi tersebut yang boleh berlaku dengan sistem operasi windows 7 tidak akan berlaku.

PCWorld

Tinjuan pada Steam terkini mengatakan bahawa hampir 35 peratus daripada penggunanya masih Windows 7 dan 8 peratus masih menggunakan Windows 8.1. Jadi majoriti sudah pun menggunakan Windows 10. Dan tidak lama lagi, Windows 10 mungkin akan menjadi sistem operasi untuk setiap PC.

Fossbytes