jump_wt_660_wht

YouTube hari ini mengumumkan dua ciri terbaru bagi servis perkongsian video mereka, tapi yang paling terutama sekali adalah sokongan bagi video jenis realiti maya, dimana ia mempunyai pelbagai perincian serta kedalaman, berbanding dengan video kebiasaan dua dimensi sahaja.

Terdapat beberapa video yang dimuat naik mempunyai ciri realiti maya tersebut, contohnya Hunger Games Experience, atau perjalanan TOMS Shoes Giving yang terdiri dari 13 video dalam sebuah senarai video, yang membolehkan anda merasai lebih banyak pengalaman realiti maya dari video di YouTube.

Pengumuman kedua pula adalah aplikasi YouTube bagi Android kini menyokong Google Cardboard, dan anda boleh menyaksikan sebarang video dari bahan realiti maya yang anda boleh dapatkan dari mana-mana sumber.

vr_mode_660_wht

Untuk mulakan menonton video dengan Cardboard, pengguna perlu menekan dahulu butang berbentuk 3 titik pada hujung kanan di belah atas aplikasi YouTube, kemudian pilih pada menu Cardboard untuk memulakan mod Cardboard dari peranti Android anda.

Perkara yang menarik dari pengumuman ini adalah, pengguna kini tidak perlu berbelanja besar untuk merasai pengalaman realiti maya, kerana aplikasi YouTube sendiri adalah percuma, manakala set Cardboard boleh didapati dengan harga semurah RM20 di pasaran.

Kedua-dua ciri YouTube tersebut telah dihantarkan kemaskini kepada semua pengguna sekarang. Sila pastikan anda sudah mempunyai set Cardboard bagi merasai sendiri realiti maya yang YouTube telah sediakan dari servis mereka.

YouTubeGoogle Inc. Pemain & Editor Video PercumaMuat Turun

Sumber: Official YouTube Blog