WhatsApp akan mengeluarkan kemaskini baru kepada pengguna, dimana semua data aplikasi tersebut boleh disimpan dan dikeluarkan daripada servis Google Drive, termasuklah semua data perbualan anda hinggalah kepada foto, namun tidak kepada kepada video.

Versi kemaskini tersebut adalah 2.12.45 untuk Android. Untuk menetapkan, anda hanya perlu membuka antaramuka Chat Backup dalam menu WhatsApp, sambungkan kepada akaun Google anda, pilih berapa kerap anda hendak menyimpan data, dan segalanya akan diuruskan selepas itu.

Pengguna juga boleh menetapkan samada mahu menyimpan data mereka menerusi rangkaian Wi-Fi sahaja, atau melalui rangkaian Wi-Fi serta selular mereka.

Kami percaya servis simpanan ini akan disulitkan bacaan datanya untuk tujuan keselamatan, dan pengguna lain malah diri anda pun tidak dapat membaca segala data anda begitu sahaja walaupun mereka mempunyai akses kepada Google Drive anda.

Kemaskini WhatsApp tersebut telah dikeluarkan kepada umum, namun ianya perlu menunggu seketika untuk sampai kepada semua pengguna Android dalam Play Store.

Sumber: Android Police

Sumber imej: Techno Buffalo