SUR15_Pro4_Laptop_07_GRY_Attached

Kini rakyat Malaysia berpeluang untuk membuat tempahan awal peranti Surface Pro 4 mulai sekarang di laman stor Lazada, dimana tarikh 27 Oktober nanti akan bermula jualan rasmi sebarang produk Microsoft antaranya, Windows, dan Office, serta peranti-peranti lain daripada telefon pintar hinggalah kepada komputer riba.

Ini merupakan kerjasama baru antara syarikat Lazada dan Microsoft, dimana ia mensasarkan jualan bagi semua pelanggan mereka di bahagian Asia Pasifik.

LP_Mainbanner_MicrosoftSurface_161015

Microsoft Surface Pro 4 mempunyai piksel resolusi 2,736 x 1,824, menawarkan kepadatan PPI sebanyak 267, mempunyai RAM sebesar 16GB serta storan dalaman 1TB, menggunakan cip pemproses Intel generasi ke 6 Core i7, dan dikatakan 30 peratus lebih pantas dari model sebelumnya iaitu Surface Pro 3 dan 50 peratus lebih pantas dari model pesaing lain seperti MacBook Pro contohnya.

Tambahan lagi pihak Microsoft Malaysia memberitahu bahawa terdapat 6 pilihan model pelanggan boleh pilih, dan harga jualan yang diletak adalah RN3,999 termasuk dengan caj cukai GST, dan dijangka akan mula dihantar kepada semua pelanggan bermula tarikh 19 November nanti.

Jikalau anda berminat untuk mendapatkan peranti ini sekarang, anda boleh pergi ke pautan di sini. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di pautan www.surface.my.