upload-3

LG telah menghantar jemputan secara serentak bagi tarikh 28 dan 29 April 2015 untuk tempat-tempat di bandaraya New York, London, Paris, Seoul, Singapura, dan Istanbul. Dalam majlis pelancaran itu nanti, LG dikatakan akan memperkenalkan model peranti utama mereka.

Pada awal bulan lepas, terdapat laporan dari beberapa sumber mengatakan LG akan membawa pelancaran peranti utama mereka ke bulan April, bagi mengelakkan bulan pelancaran yang sama dengan Samsung dan HTC. Tahun lepas, mereka ada menghantar jemputan bentuk yang sama, tapi itu adalah untuk peranti telefon pintar G3. Segala faktor yang kami nyatakan tersebut, membawakan spekulasi bahawa ini adalah peranti G4 yang ditunggu-tunggu.

Mengenai apakah pelan LG dengan peranti utama mereka untuk tahun ini, sumber memberitahu bahawa peranti itu nanti akan mempunyai rekaan yang jauh berbeza dari generasi sebelumnya, dengan campuran logam pada binaan rangka badannya, dan rupa bentuk yang seakan sama seperti model G Flex 2. Sumber lain juga menyatakan bahawa LG akan melancarkan sebuah model dibawah nama Note, dan akan mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi lagi dengan stylus, tetapi tidak pasti tentang bilakan pelancarannya, atau mungkinkah ianya akan dikeluarkan.

Segala maklumat pada tarikh tersebut akan kami laporkan di sini untuk pembaca semua.