Logitech Wireless Mouse M238

Logitech Malaysia telah melancarkan model tetikus baru untuk koleksi 2015 Play Collection, iaitu model Wireless Mouse M238, yang menampilkan rekabentuk grafik yang sangat menarik, dengan rekaan berupa karakter, dan grafik yang pelbagai bentuk.

Menurut kenyataan dari Logitech Malaysia, kombinasi warna dan grafik pada model tetikus itu akan menaikkan mood pengguna, serta memberikan inspirasi dan personaliti kepada diri pengguna. Rekaan model tetikus Play itu telah mendapat sumber inspirasi dari acara Milan Design Week yang lepas, dan mereka merasakan produk mereka juga patut mempunyai inspirasi yang sama dengan seorang pereka artis.

Logitech Wireless Mouse M238 itu mempunyai dimensi bentuk 95mm x 55mm x 38.7mm. Ianya seberat 84 gram sahaja, mempunyai resolusi sensor 1,000 dpi, dan sambungan rangkaian Logitech Advanced 2.4GHz, yang mana ia mampu beroperasi dari jarak 10 meter. Ia juga diberikan waranti selama setahun dari tarikh pembelian.

Harga bagi model tetikus Wireless Mouse M238 itu adalah RM69.00 sahaja, dan itu termasuk dengan cukai GST. Model tetikus ini akan boleh didapati bermula bulan Jun 2015, di kedai-kedai yang terpilih. Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka di pautan sini atau laman blog rasmi mereka.

Logitech Wireless Mouse M238