FullSizeRender_2a

Walaupun dengan populariti skrin sentuh semakin meningkat, tetapi bagi kebanyakkan pengguna, tetikus adalah peranti input komputer yang utama. Ia memberikan keselesaan dan ketepatan kepada pengguna. Dan touchpad masih lagi tidak digemari kepada hampir semua pengguna. Ini ialah perkara yang diketahu oleh pengguna notebook sejak pertama kali touchpad  dicipta. Walaupun ia telah direka dan dibina sebaik mungkin, seperti yang terdapat pada MacBook, tetapi tetikus sentiasa lebih tepat dan lebih mudah diguna pakai.

IMG_9580

Logitech telah mengeluarkan tetikus tanpa wayar paling canggih  mereka, Logitech MX Anywhere 2 Wireless Mobile Mouse. Ciri-ciri tetikus ini ialah dwi-sambungan, yang bermakna Logitech MX Anywhere 2 Wireless Mobile Mouse boleh disambung kepada komputer Windows atau Mac dengan termasuk Pico Unifying USB Receiver atau melalui teknologi Bluetooth Smart. Tetikus ini juga mempunyai sensor laser Darkfield yang berfungsi pada hampir mana-mana permukaan selagi ia adalah 4mm tebal. Ini bermakna bahawa MX Anywhere 2 boleh berfungsi di kebanyakan permukaan kaca dan berkilat. Ini bermakna pengguna boleh menggunakan tetikus ini di mana sahaja. Sebagai tetikus tanpa wayar yang paling canggih dan maju yang pernah dibina oleh Logitech, ia mempunyai harga yang agak tinggi, dalam sekitar RM280.00

REKABENTUK DAN BUTANG

FullSizeRender

Ia kelihatan ringkas tetapi elegan, Pada ketinggian 1.4 inci 2.4 inci lebar dan 3.9 inci panjang, MX Anywhere 2 direka untuk penggunaan mudah alih. Ia juga ringan, pada 105 gram. Anda boleh menyimpannya dialam kompartment beg laptop dengan mudah.

FullSizeRender_2

Butang kiri dan kanan  tetikus kelihatan dalam satu lembaran. Butang-butang dipisahkan bahagian tengah yang mengandungi roda tetikus dan butang “gesture“.

Anda tekan butang gesture ini, dan menggerakkan tetikus dalam salah satu daripada empat arah, untuk melaksanakan arahan “gesture” . Roda skrol mempunyai dua mod, yang boleh ditukar dengan menekan butang di tengah atau roda skrol itu sendiri. Ia berasa sedikit longgar tetapi ini adalah kerana roda skrol terserbut direka supaya boleh condong ke kiri atau kanan sebagai fungsi tambahan.

Jika tidak kerana sepasang butang ibu jari di sebelah kiri, Logitech MX Anywhere 2 boleh digunakan dengan tangan kidal kerana bentuk keseluruhan adalah hampir simetri. Jadi, jika anda ialah seorang leftie dan terpaksa menggunakan tetikus ini, anda tidak akan merasa janggal.

FullSizeRender_3

Di bahagian bawak tetikus ini terdapat empat pad getah, suis on.off. berhampiran dengan suis tersebut ialah butang yang menghantar pairing-request signal untuk mencari peranti Bluetooth berhampiran. Di bawah pusat tetikua ialah sensor laser “Darkfield” .Dan yang terakhir adalah butang yang membolehkan anda mengawal antara tiga peranti Bluetooth. Tetapi penggunaannya agak janggal kerana anda terpakas mengangkat tetikus ini setiap kali untuk mengawal peranti lain.

SAMBUNGAN

Tidak ada kekurangan untuk pilihan sambungan bagi tetikus ini. Ia boleh menggunakan USB berwayar, USB wayarles (melalui dongle) atau Bluetooth. Wayarles USB ini serasi dengan Logitech’s Unifying receiver, jadi anda boleh menyambung beberapa peralatan Logitech dengan satu adapter.

FullSizeRendera

Selain pada itu, tetikus menawarkan input dipilih sehingga tiga peranti yang berbeza. Dalam erti kata lain, anda boleh memasangnya dengan tiga peranti dan bertukar-tukar antara ia dengan menggunakan butang pada bahagian bawah tetikus. Ia sangan berguna jika anda mahu mengunakan antara desktop dan komputer riba.

BATERI

MX Anywhere 2 menggunakan bateri 500 mAh Li-Po. Bateri ini boleh dicas semula dan boleh bertahan sehingga 2 bulan setiap caj penuh apabila digunakan selama 6 jam sehari dalam suasana pejabat. Sudah semestinya jangka hayat bateri akan berbeza-beza kepada tahap penggunaannya. Caj satu minit memberikan anda satu jam penggunaan, jadi bateri akan dicaj dengan cepat.

PERISIAN

Logitech

Kesemua ciri-ciri MX Anywhere 2  hanya boleh digunakan jika perisian Logitech diinstall. Perisian Logitech menyediakan kaedah mudah dari menetapkan semula butang ibu jari, roda skrol, dan butang gesture, dan juga menyesuaikan kelajuan pointer / roda skrol MX Anywhere 2. Anda juga boleh terbalikkan arah roda skrol dan juga menukar butang utama kiri / kanan.

KESIMPULAN

Seharian menggunakan Logitech MX Anywhere 2, saya dapati tetikus ini sangat serba boleh dan boleh berfungsi pada hampir mana-mana permukaan dan boleh mengawal kepada pelbagai peranti. Saiz kecil membolehkan ia mudah berada ke dalam poket, beg atau beg komputer riba anda.