Meerkat

Meerkat akhirnya telah muncul dalam Google Play Store, mendahului Periscope sebagai aplikasi yang terawal dalam persaingan dua syarikat yang menyediakan servis video stream kepada umum. Selepas mengeluarkan versi beta tertutup dalam beberapa minggu lepas, hari ini pengguna sudah boleh muat turun aplikasi itu dalam stor aplikasi Android.

Walaupun begitu, aplikasi Meerkat ini masih lagi dalam peringkat Beta, namun tiada lagi memerlukan akses khas untuk menggunakannya. Tapi setelah kami mencuba dengan peranti kami sendiri, ia berfungsi dengan baik skali, kemungkinan pihak syarikat meletakkan tag Beta itu untuk memberi amaran kepada pengguna andainya ada peranti diluar sana yang akan menghadapi masalah ketika membuka aplikasi ini nanti.

Dengan kepesatan saingan antara Periscope dan Meerkat dalam mengejar seramai mana pengguna, Meerkat telah mendapat tempat terawal dalam pasaran peranti Android. Namun jika dibandingkan antara dua servis itu, Persicope pula mempunyai pengguna yang lebih setia dan popular. Mari kita lihat apakah yang akan terjadi setelah Periscope pula memasuki pasaran Android.

Untuk aplikasi Periscope, Twitter telah umum bahawa mereka kini sedang jalankan ujian untuk melancarkan aplikasi itu ke Android nanti.

Muat turun aplkasi Meerkat untuk Android sekarang melalui Google Play Store.