Microsoft band pertama kalinya diperkenalkan pada tahun lepas, namun kemunculannya tidak beberapa mendapat tempat kerana pelbagai model Android wear, dan Apple watch diumumkan, namun kini Microsoft telah secara rasmi telah melancarkan Generasi kedua Microsoft Band yang terbaharu dan ianya kelihatan agak premium dengan skrin lengkok Corning Gorilla 3.

Seperti peranti microsoft yang lain Microsoft Band terbaharu ini juga menekankan fungsi/ciri bantuan digital personal Cortana, ia adalah sesuatu yang baru dan kami jangkakan penambahan fungsi/ciri ini menjadikan Microsoft Band ini lebih menarik