surfacepro3-100269421-large

Selepas hampir setahun pelancaran peranti Surface Pro 3, Microsoft mengumumkan model baru tablet mereka iaitu Surface 3. Peranti tablet baru ini dikatakan mempunyai rekabentuk dan binaan rangka badan yang sama, cuma bezanya adalah harga yang sangat berpatutan.

Apabila ia dilancarkan nanti, ia akan diletak pada harga $USD499 atau sekitar RM1,846 sahaja.

Peranti Surface 3 mempunyai cip pemproses Intel Atom x7 quad-core, kamera pandangan belakang 8 megapiksel, kamera pandangan hadapan 3.5 megapiksel, 10 jam jangka hayat bateri, rangkaian 4G LTE, dan tempat cas mikro USB. Ia menjalankan sistem operasi Windows 8.1 64-bit, dan boleh mendapat kemaskini percuma Windows 10 apabila dikeluarkan nanti.

Setiap pembelian Surface 3 akan mendapat langganan setahun percuma perisian Office 365 Personal, yang meliputi Word, Excel, PowerPoint, Outlook, OneNote, dan storan OneDrive sebesar 1TB.

Bagi aksesori pula, pemilik Surface 3 boleh mendapatkan Type Cover, Docking Station, dan Surface Pen.

Mereka yang berminat boleh membelinya melalui laman web microsoftstore.com, dan dari kedai pengedar-pengedar yang sah. Microsoft akan mula menjualnya pada tarikh 5 Mei 2015 nanti, dan kesediaan pada 26 negara terpilih pada tarikh 7 Mei 2015.

Lihat video demo yang kami telah sertakan di bawah.