screen shot 2015-10-06 at 11.31.48 am

Dalam masa sama Microsoft memperkenalkan peranti Surface Pro 4 mereka, sebuah lagi model yang kelihatan seperti gabungan laptop serta tablet telah muncul, dimana ia merupakan barisan baru model Surface yang diperkenalkan pada majlis itu juga. Pihak Microsoft menamakan ia sebagai model laptop yang serba canggih, dan ia merupakan laptop pertama yang pihak syarikat Microsoft sendiri telah bangunkan.

Dinamakan sebagai Surface Book, ia merupakan model laptop yang dibina mengguna aloi magnesium, dengan skrin bersaiz 13.5 inci dengan kepadatan piksel 267 ppi, dan spesifikasi dalamannya yang terkini, menjadikan ia antara model yang berkuasa dalam pasaran sepertimana model Apple MacBook Pro itu sendiri.

Apabila menggunakan ia sebagai laptop, ia adalah dua kali ganda lebih berkuasa dari model MacBook Pro yang ada di pasaran. Saiz kenipisnya cuma 0.51 hingga 0.90 inci, dan seberat 0.72 kilogram, pilihan storan sehingga 1TB, serta pilihan saiz RAM sehingga 16GB. Namun harganya agak mahal sebenarnya, kerana jikalau anda memilih model storan 128GB dengan RAM 8GB, harga Surface Book tersebut bermula $USD1,500, manakala spesifikasi penuh boleh mencecah sehingga harga $USD3,000. Pra jualan akan bermula pada 7 Oktober hari ini, dan akan mula diedarkan pada tarikh 26 Oktober 2015 nanti.

Namun anda tidak perlu menggunakan ia sepenuhnya sebagai laptop, kerana Surface Book dibina dengan sambungan ensel fulkrum yang boleh dicabut, dan bertukarkan ia kepada peranti tablet.

Ideanya adalah jika anda ingin menggunakan perisian atau permainan yang berkuasa dan memerlukan grafik dan memori yang tinggi, pengguna perlu menyambungkan ia kepada bahagian papan kekunci, kerana Microsoft membina peranti ini dengan meletakkan GPU di bahagian papan kekunci tersebut, manakala cip pemproses serta bateri di bahagian skrin nya.

Pengguna juga boleh menegakkan peranti ini untuk menukarkan ia kepada mod melukis, dimana sistem peranti tersebut akan dapat menggunakan segala spesifikasinya, dan dalam masa yang sama menjadikan ia seperti peranti tablet, namun dengan keadaan yang agak berat.

Model laptop Surface Book ini juga mempunyai trackpad yang diperbuat daripada kaca, serta jangka hayat bateri selama 12 jam dalam mod laptop dan 3 jam sahaja dalam mod tablet namun itu semua bergantung kepada cara pengguna menggunakannya.

Model Surface Book ini boleh menggunakan dock yang sama digunakan pada peranti Surface Pro 4, dan ia juga mempunyai dua port USB jenis 3.0.