481103-surface-pro-4

Awal pagi semalam kita telah mengikuti perjalanan majlis perlancaran oleh Microsoft, dimana peranti seperti model telefon Lumia 950 dan Lumia 950 XL, Surface Pro 4, Hololens, Microsoft Band, dan Surface Book telah dilancarkan secara rasmi kepada umum. Namun menjadi persoalannya sekarang, bilakah semua peranti itu akan masuk ke negara Malaysia?

Mengikuti perbualan oleh seorang pengguna Twitter kepada akaun Microsoft Malaysia sendiri, model Surface Pro 4 bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan tidak lama lagi yang kami maksudkan itu adalah pada tarikh 19 November nanti, namun tiada harga yang diumumkan.

Mengikutkan kepada harga di Amerika, Surface Pro 4 dijual pada harga permulaan $USD899, dan jika ditukar mengikut keadaan matawang semasa akan menjadi kepada harga sekitar RM3,858.

Setakat ini hanya itu sahaja maklumat yang kami terima setakat ini, tiada pengumuman mengenai model-model peranti yang lain, namun kami menjangkakan ia bakal diketahui bermula minggu hadapan nanti.

Apapun, segala yang terkini akan kami maklumkan kepada anda sejurus kami terima maklumat.