windows10build100562_1020.0.0

Sebuah kemaskini telah tertiris di internet hari ini bagi Windows 10, kali ini dengan beberapa penambah baikan kepada fungsi sesentuhnya

Apabila anda melancarkan mod tablet, kesemua aplikasi dalam taskbar akan terus berganti dengan antaramuka yang memaparkan hanya skrin permulaan, desktop maya, dan program bantuan Cortana. Ianya serupa seperti apa yang terdapat dalam Windows 8.1, cumanya Charms bar masih belum ditukar kepada menu notifikasi yang mempunyai capaian pantas kepada tetapan sistem, dan notifikasi.

Rekabentuk antaramuka masih kekal dengan Live Tiles dan aplikasi, dan jika anda ingin melihat aplikasi yang terkini anda telah buka, anda hanya perlu swipe pada bar kiri ke kanan untuk melihatnya. Jika anda ingin kembali semula kepada mod desktop, anda hanya perlu tutupkan mod tablet tersebut, dan antaramuka akan kembali kepada bentuk desktop.

Warna juga antara pembaharuan dalam kemaskini itu, segalanya akan berwarna hitam, pusat notifikasi berwarna hitam, dan lain-lain paparan akan tersedia dalam warna yang gelap.

Dengan segala pembaharuan Microsoft cuba bawakan dalam Windows 10 ini, adakah anda rasa sistem operasi baru Microsoft tersebut akan mendapat hati dikalangan pengguna? Sama-sama kita tunggu apakah lagi kemaskini Microsoft cuba tunjukkan kepada umum.