Selepas kejayaan permainan asal mereka sebelum ini, Minecraft kini kembali dengan tajuk baru permainan mereka iaitu Story Mode, bagi sistem operasi iOS, Android, dan beberapa platform lain. Pembangun permainan ini iaitu Telltale Games, membawakan cara permainan gaya kempen dalam tajuk permainan kali ini.

Watak utama permainan ini iaitu Jesse, akan mengembara ke seluruh alam bernama Overworld, didalam episod pertamanya The Order of the Stone. Buat pertama kalinya, permainan Minecraft akan mempunyai dialog antara watak, dan mempunyai pilihan yang terhadap tindakan yang dilakukan bagi setiap episod. Antara selebriti yang menyumbangkan suara bagi watak dalam permainan ini adalah Patton Oswald, Ashley Johnson, Scott Porter, dan beberapa individu-individu lain. Terdapat sejumlah 5 bahagian dalam permainan ini, yang mana anda boleh membelinya pada harga diskaun 25 peratus sekarang menerusi aplikasi tersebut.

Minecraft: Story Mode kini boleh didapati untuk Android dan iOS pada harga $USD4.99 sahaja.

Android

Minecraft: Story ModeTelltale Games Cabaran PercumaMuat Turun

iOS

icon
Minecraft: Story ModeTelltale GamesGamesPercumaMuat Turun