Peminat Minions kini boleh bergembira, kerana tajuk permainan terbaru dari Electronic Arts iaitu Minions Paradise telah memasuki Google Play Store dan App Store semalam, dan pastinya ramai peminat mereka diluar sana akan muat turunnya nanti pada peranti mereka.

Minions Paradise merupakan permainan dimana pengguna harus mengawal pembangunan sebuah pulau, yang dipenuhi dengan pelbagai permainan, serta aktiviti rekreasi, serta kehadiran beberapa watak terkenal dari filem mereka, termasuklah dengan watak-watak jahat bagi Minion.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lanjut permainan ini sebelum muat turun, boleh menonton video dibawah, dan pautan bagi muat turun untuk dua sistem operasi Android dan iOS telah disediakan di bahagian bawahnya.

Google Play Store (Android)

Apple App Store (iOS)

Item not available.

MinionsParadiseScreen3