Grafik kad GeForce GTX 1080 11 Gbps dan GeForce GTX 1060 9 Gbps, yang diumumkan bersama-sama dengan GTX GeForce 1080 Ti pada Febuari yang lepas, kini sudah berada dipasaran.

Pada bulan Februari lalu apabila NVIDIA mengurangkan harga GTX 1080, syarikat itu juga mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan rakan kongsi mereka bagi menjual kad grafik yang di factory overclocked  dengan kelajuan memori yang lebih tinggi lagi. Pada asal, kelajuan memori bagi GTX 1080 adalah GDDR5X 10Gbps  dan GTX 1060 GDDR5 8Gbps .

Walau bagaimanapun pada tahun ini, kelajuan memori GDDR5X 11Gbps dan GDDR5 9Gbps telah boleh didapati dipasaran. Bagi GTX 1080 kad ia adalah perkara yang mudah bagi pembuat GPU; mereka kini hanya perlu mengambil cip 11Gbps GDDR5X dan menggantikannya di tempat cip 10Gbps GDDR5X yang lama.

Namun tidak sebegitu mudah bagi GDRR5. Satu-satunya pengilang dengan cip GDRR5 9Gbps adalah Samsung, dimana cip memori tersebut yang diberi nama kod “K4G41325FE masih di fasa “Customer Sample” bukan dalam fasa pengeluaran secara besar besaran. Perkara yang lebih meruncing ialah, cip yang ditawarkan hanya sebesar 4GB, kerana NVIDIA telah menggunakan cip 8Gb untuk kedua-dua GTX 1080 dan GTX 1060 6GB (2GB dilumpuhkan menjadikan ia hanya 6GB). Jadi ini akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana cip 9Gbps GTX 1060 dipasang.

Perbezaan antara kedua-dua kad GTX 1080 dan GTX 1060 yang baharu dengan yang lama ialah dari segi memori. Maksimum kelajuan jalur lebar bagi memori tersebut juga berbeza. GeForce GTX 1080 11 Gbps dengan 8GB GDDR5X sekarang berkelajuan pada 5.5 GHz berbanding dengan 5 GHz bagi GTX 1080 10G Gbps dan meningkatkan jalur lebar 256 bit wide interface 320 kepada 352 GB/s.

BAgi GTX GeForce 1060 9 Gbps pula kelajuan clock speed 6 GB GDDR5 meningkat dari 4.0 kepada 4.5 GHz dan lebar jalur pula lebih dari 192 bit iaitu dari 192 kepada 216 GB/s.

Spesifikasi lain bagi kedua-dua kad grafik ini tidak berubah. Mungkin terdapat sedikit pelarasan mengikut pembuat-pembuat grafik kad seperti MSI, Asus dan lain-lain.

videocardz.com

Harga bagi kedua-dua kad grafik GeForce GTX 1080 11 Gbps dan GTX 1060 9 Gbps baharu ini dikatakan akan menjadi lebih mahal berbanding dengan kad grafik yang GeForce GTX 1080 10 Gbps dan GTX 1060 8 Gbps yang lama.