WhatsApp telah mula menghantar kemaskini sokongan versi web, untuk beberapa pengguna iPhone. WhatsApp Web membolehkan integrasi mesej anda dipaparkan pada aplikasi dalam iOS serta laman web, membolehkan anda menghantar dan menerima mesej dalam kedua-dua platform.

Untuk mula menggunakan WhatsApp Web dengan peranti iPhone anda, anda hanya perlu membuka dahulu aplikasi WhatsApp pada telefon, tekan pada Settings, dan pilih pada menu WhatsApp Web yang terdapat disitu. Kemudian pengguna harus Scan kod QR mereka pada laman web WhatsApp, dan selepas itu pengguna sudah boleh menggunakannya.

Untuk mendapatkan sokongan WhatsApp Web ini, pengguna harus kemaskini kan aplikasi mereka dengan versi terkini di App Store.

icon
WhatsApp MessengerWhatsApp Inc.Social NetworkingPercumaMuat Turun