Terdapat laporan yang datang bahawa penyejuk CPU untuk AMD / AM2 yang sedia ada akan serasi  dengan soket AMD AM4 dan ini bermakna serasi dengan CPU Zen dan APU Bristol Ridge.

25135218351lBerita dari Thermalright ini, menyatakan soket AM4 AMD akan menggunakan konfigurasi pemasangan yang sama bagi semua motherboard AMD lain dari AM2, kecuali soket AM1 yang kecil.

Di bawah adalah petikan dari Thermalright, mengesahkan bahawa soket AM4 AMD akan menggunakan lubang pemasangan sama dengan soket AM2 AMD.

a2a2

Dengan menggunakan lekapan sama dengan AM3+ adalah perkara yang logik bagiAMD, kerana ia membolehkan cooler CPU yang sudah di pasaran boleh digunakan pada soket CPU baru tanpa sebarang pengubahsuaian. Ini juga bermakna bahawa AMD tidak perlu untuk merekabentuk semula penyejuk CPU Wraith mereka untuk memboleh digunakannya pada soket CPU baru Zen ini.

SUMBER

25135218115l