Sejak dua bulan lepas Microsoft lancarkan program Windows 10 Technical Preview untuk model telefon pintar, hari ini mereka telah memperkenalkan kemaskini baru yang menampilkan pelbagai fungsi tambahan.

Pada versi asal program tersebut diperkenalkan, hanya beberapa model peranti sahaja yang boleh menyokongnya. Dalam kemaskini baru ini, banyak lagi model telefon yang dimasukkan dalam sokongan peranti, antaranya Lumia 1020, Lumia 920 dan Lumia 1520.

Antara aplikasi yang mendapat kemaskini adalah mail, kalendar, phone, mesej, people, dan aplikasi peta. Versi awal Porject Spartan yang dikatakan akan mengganti pelayar Internet Explorer turut tersenarai dalam aplikasi dikemaskini. Namun begitu, aplikasi Porject Spartan adalah sebuah aplikasi berasingan pelayar web kerana aplikasi IE11 masih lagi terdapat didalamnya.

Bagi yang tidak mengetahui, pengguna perlu mendapatkan akses program Windows Insider dahulu sebelum dapat menggunakan program pengenalan Windows 10 untuk telefon ini. Saiz kemaskini tersebut adalah 450MB, maka kami cadangkan agar anda dapat sambung peranti anda ke Wi-Fi dahulu sebelum muat turun.

Sumber imej: Softpedia

Windows-10-for-Phones-Preview-to-Launch-This-Week-Rumors-471810-2